MindVeraHalaman utama

PENGHANTARAN & AKSES

Polisi Penghantaran dan Akses Produk Digital

Produk MindVera dihantar secara digital. Halaman ini menerangkan kaedah penghantaran, tempoh akses dan langkah bantuan jika produk tidak diterima.

Berkuat kuasa: 3 Oktober 2026
01

Produk digital sahaja

Produk MindVera dihantar secara digital. Tiada bungkusan atau produk fizikal akan dihantar dan tiada caj penghantaran fizikal dikenakan, melainkan halaman produk menyatakan dengan jelas bahawa produk fizikal turut disertakan.

02

Kaedah penghantaran

Selepas pembayaran berjaya disahkan melalui CHIP, pelanggan akan menerima satu atau lebih daripada kaedah berikut:

  • pautan muat turun pada halaman pengesahan;
  • pautan atau arahan melalui e-mel;
  • akses ke produk interaktif melalui website; atau
  • akses ke assessment, keputusan dan laporan digital.

Pelanggan bertanggungjawab memastikan alamat e-mel dan nombor telefon semasa pembayaran adalah tepat.

03

Anggaran masa penghantaran

  • Produk PDF, buku kerja dan jurnal dihantar serta-merta atau dalam beberapa minit selepas pembayaran disahkan.
  • Produk interaktif dibuka selepas pembayaran disahkan.
  • Assessment dibuka selepas pembayaran disahkan dan tertakluk pada seorang pengguna atau seorang anak bagi setiap pembelian, seperti dinyatakan pada halaman produk.
  • Kelewatan boleh berlaku akibat pengesahan pembayaran, penapisan e-mel, gangguan internet atau penyelenggaraan sistem.
04

Tempoh akses

  • Fail yang boleh dimuat turun hendaklah disimpan oleh pelanggan selepas diterima.
  • Produk interaktif memberikan akses selama 12 bulan, kecuali dinyatakan sebaliknya pada halaman produk.
  • Keputusan dan laporan assessment tersedia untuk dilihat atau dimuat turun selama 30 hari.
  • Data sensitif assessment dipadam atau dinyahkenal pasti selepas tempoh 30 hari mengikut Polisi Privasi MindVera.
05

Jika produk tidak diterima

Pelanggan disarankan menyemak folder Spam, Junk atau Promotions, memastikan bayaran berstatus berjaya dan mengesahkan e-mel pembelian ditaip dengan betul.

Jika akses masih tidak diterima, hubungi support@mindveramindful.com. MindVera akan menyemak transaksi dan menghantar semula pautan, menggantikan fail atau mengaktifkan akses sah tanpa caj tambahan.

06

Keperluan peranti dan aplikasi

Pelanggan memerlukan peranti, sambungan internet dan aplikasi yang serasi dengan format produk. Produk PDF lazimnya boleh dibuka menggunakan pembaca PDF moden. Fungsi boleh diisi atau anotasi mungkin berbeza mengikut aplikasi dan peranti. Jika masalah berpunca daripada fail atau sistem MindVera, pembetulan akan diberikan. Untuk masalah khusus peranti atau aplikasi pelanggan, MindVera akan memberikan panduan asas yang munasabah tetapi tidak dapat menjamin keserasian dengan semua aplikasi pihak ketiga.

07

Lesen penggunaan

Pembelian memberikan lesen penggunaan peribadi kepada pembeli atau penerima yang dinyatakan. Produk tidak boleh dikongsi secara terbuka, dimuat naik semula, dijual semula, disalin untuk tujuan komersial atau diedarkan tanpa kebenaran bertulis MindVera. Bagi produk anak dan remaja, satu pembelian terpakai kepada seorang anak dan satu kategori umur, kecuali dinyatakan sebaliknya.

08

Hubungi kami

Untuk bantuan penghantaran atau akses digital, hubungi support@mindveramindful.com.