/

KESIHATAN MENTAL · KESEJAHTERAAN · PERTUMBUHAN

Kesihatan Mental Sama Pentingnya Dengan Kesihatan Fizikal.

Tak semestinya semuanya baik hanya kerana kita berkata, “Saya okey.”

Apa yang anda rasa itu penting. Hidup memang ada naik turunnya, dan kita semua perlukan sokongan. MindVera membantu anda memahami kesihatan mental melalui alat bantuan kendiri yang mudah difahami dan praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Terokai Alat Bantuan Kendiri
Wanita menikmati detik tenang di tepi tingkap

TENTANG PRODUK MINDVERA

Membimbing Anda Dari Kekeliruan Menuju Kejelasan Diri.

Kesejahteraan mental bermula apabila kita berhenti meneka dan mula memahami punca sebenar beban yang dirasai. MindVera membantu anda menyusun semula fikiran, menilai corak emosi secara berstruktur, dan memilih intervensi kendiri yang tepat mengikut fasa hidup serta keperluan peribadi anda.

Ibu dan remaja berbual dengan mesra di rumah

CARA MINDVERA MEMBANTU

Langkah Berpandu Menuju Pemulihan Kendiri

Perjalanan memulihkan emosi tidak memerlukan perubahan drastik secara mendadak. Mulakan dengan langkah yang kecil, jelas, dan beretika:

Menulis jurnal untuk menyusun fikiran
01

FAHAMI

Kenal pasti beban emosi, corak tingkah laku, atau aspek diri yang memerlukan perhatian khusus melalui saringan awal yang berstruktur.

02

PILIH

Akses lembaran kerja berpandu atau modul bantuan kendiri yang direka khusus mengikut situasi dan tahap umur anda.

03

AMALKAN

Terapkan latihan psikologi praktikal secara konsisten dalam rutin harian untuk membina daya tahan emosi jangka panjang.

Healing with Juzuk Amma — Jurnal Tadabbur dan Muhasabah Diri

PRODUK TERKINI · REFLEKSI PSIKOSPIRITUAL

Bukan sekadar selesai membaca—bina hubungan yang lebih sedar dengan ayat yang menyentuh hati.

Nukilan Rasa membimbing anda melalui 37 surah dalam Juzuk 30 (Juz ‘Amma), daripada Surah An-Naba’ hingga Surah An-Nas, dengan ruang untuk memahami konteks, mengenal rasa, bermuhasabah dan memilih satu tindakan kecil yang boleh dibawa ke dalam kehidupan.

  • Menjadikan perjalanan Juzuk 30 lebih tersusun melalui penjejak 37 surah yang jelas.
  • Membantu mengenal ayat yang paling dekat dengan keadaan, persoalan dan emosi semasa.
  • Menterjemahkan renungan kepada doa, muhasabah dan tindakan kecil yang realistik.
  • Boleh ditaip secara digital, digunakan dengan aplikasi anotasi atau dicetak pada kertas A4.
Lihat Nukilan Rasa →

FREEBIES MINDVERA

Bahan percuma untuk langkah pertama.

Panduan praktikal yang boleh anda gunakan mengikut keperluan. Setiap bahan percuma baharu MindVera akan ditambah di sini.

Ibu mendengar cerita anak selepas sekolah01 / 01Dengar · Rekod · Lindungi

UNTUK IBU BAPA & PENJAGA

Anak Saya Dibuli? — Kit Tindakan Awal Ibu Bapa™

Anak nampak berubah, tetapi belum pasti apa yang berlaku? Kit ini membantu anda mendengar cerita anak tanpa memaksa, mencatat fakta dan merancang langkah keselamatan yang sesuai.

  • Skrip perbualan dan soalan untuk anak
  • Rekod kejadian dan pelan keselamatan
  • Panduan menghubungi sekolah dan pemantauan 14 hari
PDF Bahasa Melayu · 29 halaman A4 · Boleh diisi atau dicetakDapatkan kit percuma

KOLEKSI 01 · PEMAHAMAN

Pengujian Kendiri

Pengujian kendiri ialah pengalaman digital berpandu yang mengumpulkan jawapan pengguna dan menghasilkan profil, rumusan atau pemahaman peribadi. Ia membantu pengguna mengenal pasti kekuatan, cabaran dan perkara yang mungkin perlu diterokai dengan lebih lanjut. Ia bukan diagnosis klinikal.

UNTUK IBU BAPA & PENJAGA
Paparan Saringan Awal Kesejahteraan Emosi dan Tingkah Laku Anak (6–17 Tahun)

Saringan Awal Kesejahteraan Emosi dan Tingkah Laku Anak (6–17 Tahun)

Anak kelihatan berubah, tetapi sukar untuk tahu apa yang perlu diberi perhatian dahulu? Susun pemerhatian ibu bapa sepanjang empat minggu.

Lihat corak emosi, tingkah laku dan kesannya terhadap rumah, sekolah serta hubungan. Saringan ini memberi panduan awal pra-validasi tanpa menentukan punca atau diagnosis.

RM35Mulakan Saringan
PRA-KAUNSELING DIGITAL
Paparan Pra Sesi Kaunseling Digital: Saringan Pra-Kaunseling Untuk Memahami Isu Sebenar & Hala Tuju Pemulihan

Pra Sesi Kaunseling Digital: Saringan Pra-Kaunseling Untuk Memahami Isu Sebenar & Hala Tuju Pemulihan

Kadang-kadang Kita Rasa Serabut dan Terperangkap, Tapi Kita Sendiri Tak Tahu Apa Masalah Sebenar. Terokai Punca Tersembunyi Sebelum Menentukan Langkah Seterusnya.

Modul penerokaan kendiri berstruktur yang berfungsi sebagai sesi pra-kaunseling digital. Membantu anda merungkai kekusutan fikiran, menamakan punca sebenar di sebalik rasa buntu, dan memberi panduan jelas sama ada situasi anda memadai dengan modul bantuan kendiri atau memerlukan kaunseling profesional. Rumusan konseptualisasi kes dibina berasaskan Model Sperry 8P dan temu bual klinikal berpandu.

RM20Mulakan Penerokaan Masalah

Produk pendidikan dan kesejahteraan kendiri · Bukan diagnosis klinikal

RUANG BANTUAN KENDIRI

Langkah Pertama Menuju Ketenangan Fikiran.

Setiap perjalanan pemulihan bermula dengan kesediaan mendengar keperluan diri. Terokai modul bantuan kendiri berstruktur kami—direka berasaskan prinsip psikologi klinikal untuk menemani anda mengurai kekusutan, membina semula daya tahan, dan melangkah ke hadapan dengan tenang mengikut fasa hidup anda.

BUNDLE · ANAK, REMAJA & IBU BAPA
Paparan CBT + Psikospiritual Toolkit untuk Kanak-kanak & Remaja

CBT + Psikospiritual Toolkit untuk Kanak-kanak & Remaja

Kenali fikiran, emosi, isyarat tubuh dan tindakan melalui latihan yang berjalan bersama muhasabah, doa dan ikhtiar mendapatkan sokongan.

100 modul merentas lima pillar, bersama worksheet dan panduan. Reka bentuk ceria dengan monster comel; ruang isian digital dan versi boleh cetak.

RM290RM150Lihat Bundle
KESEJAHTERAAN EMOSI DEWASA
Paparan 365 Mental Health Journal for Adults

365 Mental Health Journal for Adults

Ruang untuk berhenti seketika, mendengar perasaan dan memahami keperluan diri.

365 refleksi harian, 12 tema bulanan dan latihan penjagaan emosi. PDF Bahasa Melayu, boleh diisi atau dicetak. Pembelian belum dibuka.

RM35Lihat Jurnal
UNTUK WANITA & PEMULIHAN DIRI
Paparan Bangkit Selepas Putus Cinta: Jurnal 30 Hari Rawat Luka Hati & Bina Semula Maruah Diri

Bangkit Selepas Putus Cinta: Jurnal 30 Hari Rawat Luka Hati & Bina Semula Maruah Diri

Berhenti Tangisi Orang Yang Dah Pergi. Panduan Praktikal 30 Hari Memproses Sakit Hati, Hentikan Rasa Nak Hubungi Dia Semula & Dapatkan Balik Bahagia Anda.

Proses emosi perpisahan secara sihat, hapuskan tabiat overthinking, dan bina kembali keyakinan diri dengan pendekatan berstruktur.

RM30Semak Ketersediaan
PSIKOSPIRITUAL & KESEJAHTERAAN
Paparan Affirmation with Surah Al-Fatihah

Affirmation with Surah Al-Fatihah

Panduan Penghayatan Al-Fatihah dalam Solat

Bukan Sekadar Bacaan Rutin 17 Kali Sehari. Hayati Al-Fatihah Sebagai Dialog Tauhid Yang Membimbing Fikiran, Jiwa dan Tindakan.

Terokai makna setiap jeda ayat Al-Fatihah untuk menjadikan bacaan dalam solat sebagai sumber mencapai kekuatan serta menyokong kesejahteraan mental dan fizikal.

RM10 · Produk PengenalanSemak Ketersediaan
KEYAKINAN & BELAS KASIHAN KENDIRI
Paparan Berhenti Melukakan Hati Sendiri: Panduan Merawat Luka Batin & Menemui Semula Nilai Diri

Berhenti Melukakan Hati Sendiri: Panduan Merawat Luka Batin & Menemui Semula Nilai Diri

Orang Lain Dah Lama Berhenti Sakitkan Anda, Tapi Kenapa Fikiran Anda Masih Terus Menghukum Diri? Saatnya Belajar Menyayangi Diri Sendiri Tanpa Syarat.

Rungkai corak pemikiran yang melemahkan emosi, tetapkan sempadan diri yang sihat, dan kembalikan keyakinan hidup dengan menghargai nilai diri anda.

RM30Semak Ketersediaan
PSIKOSPIRITUAL & TINDAKAN
Paparan Bina Fikiran, Susun Doa & Bertindak: Workbook Afirmasi Berlandaskan Iman

Bina Fikiran, Susun Doa & Bertindak: Workbook Afirmasi Berlandaskan Iman

Bukan Sekadar Menyuruh Anda ‘Fikir Positif’. Panduan Praktikal Merungkai Corak Fikiran Negatif & Menukarnya Kepada Tindakan Nyata.

Menggabungkan pemahaman neuro-kognitif dengan kerangka doa dan tauhid untuk membantu anda mengatasi keletihan mental dan mula bertindak.

RM10Semak Ketersediaan
PENGHAYATAN AL-QURAN & KETENANGAN
Paparan Healing with Juzuk Amma: Jurnal Refleksi Jiwa & Penawar Hati

Healing with Juzuk Amma: Jurnal Refleksi Jiwa & Penawar Hati

Panduan Menghayati Surah Lazim Secara Mendalam: Menukar Pembacaan Harian Menjadi Sumber Daya Tahan Spiritual dan Ketenangan Hati.

Menemani perjalanan muhasabah anda melalui helaian tadabbur berstruktur bagi surah-surah Juzuk Amma—membantu mengurai kekusutan mental, mencatat ibrah kehidupan, dan memperkukuh ketenangan jiwa berlandaskan kalam wahyu.

RM30Semak Ketersediaan
DETOKS DIGITAL & FOKUS MINDA
Paparan Digital Declutter Reset: Panduan Langkah Demi Langkah Mengosongkan Storan & Melegakan Fikiran

Digital Declutter Reset: Panduan Langkah Demi Langkah Mengosongkan Storan & Melegakan Fikiran

Bila Skrin Penuh dan Berat, Notifikasi Tak Henti Berbunyi, Otak Pun Jadi Lemau. Panduan Langkah Demi Langkah Mengemas Ruang Maya dan Mengembalikan Fokus Harian Anda.

Panduan sistematik fasa demi fasa untuk mengosongkan kekalutan digital menggunakan kerangka tetapan sempadan maya. Membantu anda memadam gangguan yang mencuri perhatian, menyusun semula fail, dan mengembalikan kawalan terhadap masa dan kewangan anda.

RM30Semak Ketersediaan

Produk pendidikan dan kesejahteraan kendiri · Bukan diagnosis klinikal

PENULISAN MINDVERA

Blog Kesihatan Mental

Artikel tentang fikiran, emosi, hubungan, keibubapaan, bantuan kendiri dan pilihan mendapatkan sokongan.

Baca artikel kesihatan mental