VERSI TESTING · AKSES DIBUKA TANPA BAYARAN← Kembali
MINDVERA™ · DIGITAL ONLINE COUNSELING PATHWAY™
MULA

Bila masalah semakin membebankan…

Kita mahu menyelesaikannya. Tapi kadang-kadang kita sendiri tak pasti apa yang sebenarnya sedang berlaku dan dari mana hendak bermula.

Masalah perlu diselesaikan — bukan dibiarkan berlarutan sehingga mula menjejaskan fikiran, emosi, hubungan dan bahagian lain dalam kehidupan.

Sesi digital berpandu ini membantu anda menyusun apa yang sedang berlaku, memahaminya dengan lebih jelas dan menentukan langkah yang sesuai seterusnya.

Jawab berdasarkan pengalaman anda sendiri. Tiada jawapan yang “betul” atau “salah”.

SEBELUM BERMULA

Anda tidak perlu tahu istilah psikologi atau bagaimana hendak menceritakan semuanya sekaligus.

Saya akan bertanya secara berpandu. Ada soalan yang hanya muncul jika berkaitan dengan jawapan anda.

Pada beberapa bahagian, saya akan merumuskan apa yang saya fahami. Anda boleh membetulkan saya jika tidak tepat.

Ceritakan dengan cara anda sendiri. Tiada jawapan yang perlu kelihatan “cantik”.

Sesi ini bukan diagnosis. Jika terdapat isu keselamatan, laluan keselamatan akan diutamakan.

INFORMED CONSENT

Sebelum meneruskan, kami mahu anda benar-benar faham bagaimana sesi ini berfungsi.

Tujuan sesi: membantu anda menyusun dan memahami masalah yang sedang dialami, melihat bagaimana ia memberi kesan kepada diri anda, menerima psikoedukasi yang relevan dan mengenal pasti pilihan langkah seterusnya.

Sesi ini bukan diagnosis dan tidak menggantikan penilaian atau rawatan profesional apabila bantuan yang lebih mendalam diperlukan.

Anda mempunyai pilihan. Anda boleh memilih untuk tidak menjawab soalan tertentu, membetulkan rumusan sistem, atau berhenti pada bila-bila masa.

Maklumat sensitif: soalan berkaitan keselamatan hanya ditanya apabila perlu untuk memahami tahap risiko dan menentukan panduan keselamatan yang sesuai.

Had kerahsiaan & keselamatan: dalam perkhidmatan sebenar, maklumat tentang bagaimana data disimpan, siapa yang boleh mengaksesnya, tempoh penyimpanan, serta keadaan yang memerlukan tindakan keselamatan akan diterangkan secara jelas sebelum persetujuan diberi.

Teknologi: rumusan awal dibantu oleh sistem digital/AI berdasarkan jawapan anda. Anda akan diminta menyemak dan membetulkan rumusan sebelum ia dianggap muktamad.

Sila tandakan setiap kotak selepas anda membaca dan memahaminya.


KONTEKS ASAS

Sedikit tentang anda

PP1–PP4 · PRESENTING PROBLEM

Kita mula dengan masalah yang membawa anda ke sini.

Apa yang sedang berlaku dalam hidup anda sekarang sehingga anda rasa anda perlu mendapatkan bantuan?

Baik, saya dengar. Nampaknya ada beberapa perkara yang berlaku serentak dan ia sudah mula membebankan anda.

Daripada semua yang sedang berlaku, perkara mana yang paling membebankan anda sekarang?

Kesedihan / emosi
Fikiran yang sukar berhenti
Tidur / rehat
Hubungan / keluarga
Pelajaran / kerja
Lain-lain — saya mahu ceritakan sendiri

Kalau anda ceritakan dengan cara anda sendiri, apa yang paling susah tentang masalah ini untuk anda?

Apa yang membuatkan anda rasa sekarang adalah masanya untuk cuba menyelesaikan masalah ini?

Ia semakin berat
Sudah terlalu lama berlaku
Mula mengganggu kehidupan saya
Berlaku sesuatu baru-baru ini
Orang lain menyarankan saya mendapatkan bantuan
Saya dah cuba sendiri tetapi masih belum selesai
Saya cuma mahu faham apa yang sedang berlaku
Lain-lain
PP5–PP8 · PERKEMBANGAN MASALAH

Bagaimana masalah ini berkembang?

Sejak bila anda mula perasan perkara ini menjadi masalah untuk anda?

Beberapa hari
Beberapa minggu
Beberapa bulan
6–12 bulan
Lebih daripada setahun
Sudah lama tetapi baru-baru ini semakin berat
Tidak pasti

Sejak ia bermula, bagaimana keadaan ini berubah?

Semakin berat
Lebih kurang sama
Datang dan pergi
Ada masa baik dan ada masa sangat sukar
Semakin baik
Tidak pasti

Adakah sesuatu berlaku sekitar masa masalah ini bermula atau menjadi lebih berat?

Ya
Tidak
Tak pasti

Bila masalah ini biasanya terasa paling kuat?

Apabila bersendirian
Apabila bersama orang tertentu
Apabila berlaku konflik
Ketika belajar / bekerja
Pada waktu malam
Apabila memikirkan masa depan
Apabila teringat perkara tertentu
Ia boleh berlaku tanpa saya tahu sebabnya
Lain-lain
PP9–PP11 · FIKIRAN, EMOSI & TINDAKAN

Bila keadaan itu berlaku, apa yang terjadi dalam diri anda?

Bila keadaan itu berlaku, fikiran seperti apa yang biasanya muncul?

Saya fikir tentang perkara yang sama berulang kali
Saya cuba faham kenapa perkara ini berlaku
Saya fikir apa yang mungkin berlaku selepas ini
Saya bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku
Saya menyalahkan diri sendiri
Saya fikir orang lain tidak memahami saya
Saya rasa saya tidak cukup baik / gagal
Fikiran saya terlalu banyak sampai sukar memilih satu
Saya tak pasti apa yang saya fikir, cuma rasa sangat tidak selesa
Lain-lain

Apa yang biasanya anda rasa ketika itu?

Sedih
Marah
Kecewa
Takut
Cemas
Bersalah
Malu
Sunyi
Kosong
Keliru
Penat
Tertekan
Sukar mengenal pasti perasaan
Lain-lain

Daripada perasaan yang anda pilih tadi, yang mana paling kuat ketika keadaan itu berlaku?

Pilih sekurang-kurangnya satu perasaan di atas dahulu.

Bila anda rasa begitu, apa yang biasanya anda lakukan?

Saya diam / ambil ruang sekejap
Saya cuba selesaikan masalah
Saya bercakap dengan seseorang
Saya menangis
Saya tidur / baring / berehat
Saya menyibukkan diri supaya tidak memikirkannya
Saya mengelakkan orang atau situasi tertentu
Saya marah / bertengkar
Saya teruskan rutin seperti biasa walaupun tertekan
Saya tak tahu apa yang perlu dibuat
Lain-lain
CHECKPOINT 1

Saya nak pastikan saya memahami anda dengan betul.

Rumusan setakat ini akan dipaparkan di sini sebelum anda diminta menyemaknya.

Ya, betul
Sebahagiannya betul
Tidak begitu
Ada sesuatu yang saya mahu tambah
CF1–CF3a · CURRENT FUNCTIONING

Sejauh mana masalah ini sudah masuk ke bahagian lain dalam hidup anda?

Bahagian kehidupan mana yang paling terjejas?

Tidur / rehat
Emosi
Tumpuan
Kerja
Pelajaran
Hubungan
Keluarga
Aktiviti harian
Penjagaan diri
Selera makan
Aktiviti yang biasanya saya nikmati
Kewangan
Belum banyak menjejaskan kehidupan saya
Lain-lain

Walaupun keadaan ini sedang berlaku, apa yang anda masih mampu lakukan seperti biasa?

Mengurus keperluan diri sendiri
Pergi kerja / belajar
Menyiapkan sebahagian tanggungjawab
Berhubung dengan keluarga / rakan
Mengurus rumah / keluarga
Keluar rumah / menjalankan urusan
Melakukan aktiviti yang saya suka
Saya masih boleh buat hampir semuanya, cuma terasa lebih berat
Banyak perkara sudah sukar untuk saya lakukan
Lain-lain

Secara keseluruhan, sejauh mana masalah ini mengganggu kehidupan anda sekarang?

012345678910
Langsung tidak menggangguSangat mengganggu
Skor anda sekarang: 5/10

Apa yang paling menyumbang kepada skor gangguan yang anda pilih?

Tidur / rehat terganggu
Fikiran sukar berhenti
Emosi terasa terlalu berat
Sukar fokus
Kerja / pelajaran terjejas
Hubungan terjejas
Saya mula mengelakkan perkara penting
Saya rasa sangat penat
Lain-lain
SR1–SR4 · SITUASI & HUBUNGAN

Konteks juga penting supaya masalah tidak dilihat di luar kehidupan sebenar anda.

Ada orang atau situasi tertentu yang sering berkait dengan masalah ini?

Ya
Tidak
Tak pasti

Bila perkara itu berlaku, apa yang anda paling perlukan tetapi rasa anda tidak dapat?

Didengari
Difahami
Dihargai
Rasa selamat
Ruang
Sokongan
Kepastian
Kepercayaan
Bantuan praktikal
Lain-lain

Adakah masalah ini turut mempengaruhi cara anda berhubung dengan orang lain?

Ya
Sedikit
Tidak
Tak pasti

Adakah mana-mana konteks ini penting untuk memahami masalah anda dengan lebih tepat?

Hubungan dengan pasangan / bekas pasangan
Hubungan dengan ibu bapa / keluarga
Tanggungjawab menjaga anak / keluarga
Tekanan belajar / kerja
Kewangan
Tempat tinggal / persekitaran
Nilai budaya / harapan keluarga
Agama / kerohanian
Perubahan hidup baru-baru ini
Tiada yang saya rasa berkaitan
Saya tidak pasti
Lain-lain
CHECKPOINT 2

Ada satu corak yang mungkin mula kelihatan.

Rumusan corak akan dipaparkan di sini sebelum anda diminta menyemaknya.

Ya, ini terasa tepat
Sebahagiannya
Tidak
Saya mahu jelaskan lagi
CP1–CP5 · COPING

Apa yang anda sudah lakukan untuk menghadapi masalah ini?

Bila keadaan menjadi berat, apa yang biasanya membantu walaupun sedikit?

Ambil masa untuk bertenang
Bercakap dengan orang yang saya percaya
Cuba cari penyelesaian
Tidur / berehat
Berdoa / aktiviti kerohanian
Bersenam / bergerak
Menulis / meluahkan apa yang saya fikir
Melakukan aktiviti yang saya suka
Meminta bantuan profesional
Saya belum jumpa apa yang membantu
Lain-lain

Ada sesuatu yang memberi kelegaan sementara, tetapi selepas itu masalah masih sama atau menjadi lebih sukar?

Mengelakkan orang / tempat / situasi tertentu
Menangguhkan perkara yang perlu diselesaikan
Tidur terlalu lama / banyak berbaring
Menyibukkan diri supaya tidak fikir
Memendam dan tidak bercakap dengan sesiapa
Marah / bertengkar
Menghabiskan terlalu banyak masa di telefon / media sosial
Saya tidak perasan ada perkara seperti ini
Saya tidak pasti
Lain-lain

Apa yang pernah anda cuba untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah ini?

Cuba selesaikan sendiri
Bercakap dengan keluarga
Bercakap dengan rakan
Mencari maklumat / membaca sendiri
Mengubah rutin / gaya hidup
Mengambil masa berehat
Berdoa / mendapatkan sokongan agama
Berjumpa kaunselor / profesional
Mengambil ubat / rawatan
Saya belum cuba apa-apa secara khusus
Lain-lain

Daripada apa yang pernah anda cuba, apa yang benar-benar membantu?

Bercakap dengan seseorang
Mendapat bantuan profesional
Menyelesaikan masalah secara langkah demi langkah
Mengubah cara saya melihat situasi
Berehat / memperbaiki tidur
Aktiviti fizikal
Aktiviti kerohanian
Menjauh sekejap kemudian kembali menghadapi masalah
Belum ada yang benar-benar membantu
Saya tidak pasti
Lain-lain

Apa yang anda rasa tidak membantu atau anda tidak mahu ulang?

Memendam semuanya seorang diri
Mengelakkan masalah terlalu lama
Berfikir tentang perkara yang sama berulang kali
Bertengkar ketika emosi terlalu kuat
Memaksa diri terus berfungsi tanpa berehat
Mengikut nasihat yang tidak sesuai dengan saya
Pengalaman bantuan / rawatan tertentu sebelum ini
Saya belum pasti
Tiada
Lain-lain
ST1–ST4 · KEKUATAN & SOKONGAN

Masalah bukan keseluruhan cerita anda.

Bila anda pernah melalui masa yang sukar sebelum ini, apa yang biasanya membantu anda melepasinya?

Saya cuba cari jalan penyelesaian
Saya bercakap dengan seseorang yang saya percaya
Saya beri diri masa untuk bertenang
Saya berdoa / melakukan aktiviti kerohanian
Saya fokus kepada perkara yang masih boleh saya kawal
Saya teruskan rutin dan tanggungjawab
Saya pernah mendapatkan bantuan profesional
Saya belum pasti apa yang membantu
Lain-lain

Siapa yang anda rasa boleh menjadi sumber sokongan jika anda benar-benar memerlukannya?

Ahli keluarga
Rakan yang dipercayai
Pasangan
Guru / pensyarah / penyelia
Kaunselor / profesional
Komuniti / kumpulan agama
Saya tidak pasti siapa yang boleh saya hubungi
Saya rasa saya tiada sokongan sekarang
Lain-lain

Apa yang membuatkan anda masih terus mencuba walaupun keadaan ini susah?

Saya memang mahu masalah ini selesai
Saya percaya keadaan boleh berubah
Ada orang yang penting kepada saya
Saya ada tanggungjawab yang penting
Saya ada matlamat yang masih saya mahu capai
Pegangan agama / nilai hidup saya
Saya tak pasti, tapi saya masih cuba
Lain-lain

Antara perkara berikut, yang mana paling menggambarkan kekuatan yang anda masih ada sekarang?

Saya masih cuba memahami masalah
Saya masih mencari penyelesaian
Saya boleh meminta bantuan apabila perlu
Saya boleh bertenang sebelum bertindak
Saya masih mampu menjalankan sebahagian tanggungjawab
Saya boleh belajar daripada pengalaman
Saya belum nampak kekuatan saya sekarang
Lain-lain
Walaupun keadaan ini berat, saya perasan anda masih cuba memahami apa yang berlaku dan mencari jalan untuk bergerak ke hadapan.
G1–G3 · APA YANG ANDA MAHU BERUBAH

Memahami masalah penting, tetapi akhirnya kita mahu tahu apa yang anda mahu berubah.

Kalau keadaan mula menjadi lebih baik, perubahan mana yang paling anda mahu rasakan?

Fikiran saya lebih tenang / kurang berserabut
Saya boleh tidur dan berehat dengan lebih baik
Emosi saya lebih stabil
Saya lebih mampu membuat keputusan
Saya lebih yakin dengan diri sendiri
Hubungan saya menjadi lebih baik
Saya lebih mampu belajar / bekerja
Saya mahu masalah praktikal saya mula bergerak ke arah penyelesaian
Saya mahu lebih faham kenapa saya rasa atau bertindak begini
Lain-lain

Apakah tanda kecil yang akan membuatkan anda tahu keadaan sedang bergerak ke arah yang lebih baik?

Saya tidur lebih baik
Saya tidak memikirkan perkara yang sama terlalu lama
Saya bangun dengan tenaga yang lebih baik
Saya boleh fokus semula kepada kerja / belajar
Saya kurang mengelak perkara yang penting
Saya boleh bercakap dengan lebih tenang
Saya boleh mengambil satu tindakan yang jelas
Saya mula rasa lebih seperti diri saya sendiri
Lain-lain

Daripada semua perkara yang kita bincangkan, apa yang anda paling mahu usahakan dahulu?

Mengurus fikiran yang terlalu aktif / overthinking
Tidur dan rehat
Emosi yang terlalu berat
Hubungan / komunikasi
Masalah kerja / pelajaran / kewangan
Keyakinan diri
Ketakutan / kebimbangan
Saya belum pasti — saya perlukan bantuan menentukan keutamaan
Lain-lain
MH / MED · JIKA BERKAITAN

Saya mahu faham beberapa perkara yang mungkin penting kepada gambaran keseluruhan.

Pernahkah anda mendapatkan bantuan profesional untuk masalah emosi, mental atau perkara yang hampir sama sebelum ini?

Ya
Tidak
Tidak pasti / tidak mahu jawab
Kaunseling
Psikoterapi
Rawatan psikiatri
Ubat
Sokongan sekolah / universiti / tempat kerja
Lain-lain

Ada keadaan kesihatan fizikal yang sedang anda alami yang mungkin berkait dengan apa yang anda rasa sekarang?

Ya
Tidak
Tak pasti

Adakah anda sedang mengambil ubat atau rawatan yang anda rasa penting untuk kami tahu dalam memahami keadaan ini?

Ya
Tidak
Tidak mahu jawab
FD · PENJELASAN LANJUT JIKA BERKAITAN

Ada beberapa pengalaman yang hanya perlu ditanya jika ia benar-benar pernah berlaku kepada anda.

Kami tidak akan menganggap anda pernah mengalami sesuatu hanya kerana ia biasa ditanya dalam penilaian. Pilih berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Pernahkah anda mengalami satu episod di mana rasa cemas atau takut menjadi sangat kuat dan badan turut bertindak balas dengan ketara?

Ya, pernah
Tidak
Saya tidak pasti

Pernahkah ada tempoh anda tidur jauh lebih sedikit daripada biasa tetapi pada masa yang sama masih rasa sangat bertenaga atau lebih aktif daripada kebiasaan anda?

Ya, pernah
Tidak
Saya tidak pasti
Kenapa soalan ini hanya muncul bila berkaitan?

Sesetengah pengalaman mempunyai lebih daripada satu kemungkinan penjelasan. Jika ia tidak pernah berlaku kepada anda, tiada sebab untuk sistem menganggapnya sebagai sebahagian daripada masalah anda. Jika ia pernah berlaku, maklumat itu membantu menentukan sama ada sesuatu perlu diteroka lebih lanjut dengan profesional.

S1–S5 · KESELAMATAN

Saya perlu tanya bahagian ini secara terus kerana keselamatan anda penting.

Kebelakangan ini, pernahkah anda terfikir untuk mencederakan diri, menamatkan hidup, atau rasa anda mungkin tidak selamat dengan diri sendiri?

Tidak
Ya
Tak pasti

Adakah anda rasa selamat dengan diri anda sekarang?

Ya
Tidak
Tak pasti

Jika terdapat petunjuk bahawa keselamatan anda mungkin terjejas, panduan keselamatan akan diberi keutamaan.

SAFETY PATHWAY

Keselamatan perlu diberi perhatian dahulu.

Sesi digital ini tidak sesuai menjadi satu-satunya tempat untuk mengurus keadaan apabila seseorang mungkin tidak selamat.

Jika jawapan anda menunjukkan bahawa keselamatan mungkin terjejas, sesi ini akan mengutamakan panduan keselamatan dan pilihan mendapatkan bantuan yang sesuai.

CHECKPOINT 3 · RUMUSAN SESI

Sebelum saya susun hasil anda, saya mahu pastikan saya tidak tertinggal sesuatu yang penting.

Rumusan keseluruhan sesi akan dipaparkan di sini sebelum anda diminta menyemaknya.

Adakah ada sesuatu yang penting tentang masalah anda yang saya masih belum fahami?

Tidak, setakat ini sudah tepat
Ya, ada perkara yang tertinggal
Ada bahagian yang perlu dibetulkan
Saya tidak pasti
PEMAHAMAN SAYA TENTANG KEADAAN ANDA

Ini yang saya faham tentang apa yang sedang anda lalui

Tujuan bahagian ini bukan memberi diagnosis atau menentukan hidup anda. Ia membantu menghubungkan perkara yang anda ceritakan supaya anda boleh melihat masalah dengan lebih jelas dan menentukan jenis bantuan yang anda mahu selepas ini.

Semak bersama saya

Sejauh mana penerangan ini benar-benar menggambarkan pengalaman anda?

Ya, sangat menggambarkan keadaan saya
Sebahagiannya betul
Ada bahagian penting yang tidak tepat
Saya melihat keadaan saya secara berbeza
Saya masih belum pasti
BANTU SAYA FAHAM KENAPA

Kenapa perkara ini mungkin berlaku begini?

Bahagian ini bukan sekadar rumusan. Ia membantu anda memahami satu corak utama yang paling cukup menerangkan bahagian terpenting pengalaman anda pada peringkat ini. Jika satu corak tidak mencukupi, sistem tidak akan memaksa rumusan kompleks secara digital.

Adakah penerangan ini terasa sesuai dengan pengalaman anda?

Ya, sangat menggambarkan keadaan saya
Sebahagiannya betul
Ada bahagian yang tidak tepat
Saya melihat keadaan saya secara berbeza
Saya masih belum pasti
PERTOLONGAN ASAS

Apa yang boleh saya cuba sekarang?

Anda tidak perlu mencuba semuanya. Bantuan di bawah dipilih berdasarkan perkara yang paling jelas daripada jawapan anda. Pernafasan perlahan tersedia sebagai bantuan regulasi asas; ia bukan penyelesaian kepada semua masalah.

Bantuan yang lebih khusus untuk keadaan anda

Sejauh mana cadangan ini terasa sesuai dengan keadaan anda?

Ini bukan ujian. Jawapan anda membantu menentukan sama ada cadangan ini benar-benar sesuai atau perlu diubah.

CLIENT VALIDATION

Semak rumusan yang baru dijana daripada jawapan anda.

Adakah ia benar-benar menggambarkan apa yang sedang anda lalui?

Ya — ini menggambarkan keadaan saya
Kebanyakannya betul, tetapi ada bahagian perlu dibetulkan
Sebahagiannya sahaja
Ada sesuatu yang penting belum difahami
Tidak — saya melihat keadaan saya dengan cara yang berbeza

Pembetulan anda akan digunakan untuk memperbaiki rumusan sebelum ia dianggap lengkap.

OUTCOME

Selepas membaca rumusan tadi, sejauh mana sesi ini membantu anda memahami apa yang sedang berlaku?

Ya, jauh lebih jelas
Ya, sedikit lebih jelas
Saya masih keliru tentang beberapa perkara
Tidak, saya belum rasa lebih jelas
Memahami masalah bukan bermaksud masalah sudah selesai. Tetapi apabila kita lebih memahami apa yang sedang berlaku, lebih mudah untuk menentukan apa yang perlu diusahakan dan bentuk bantuan yang sesuai.
LANGKAH SETERUSNYA

Selepas memahami keadaan anda dengan lebih jelas, apa yang anda mahu lakukan?

Di bawah ialah pilihan, bukan arahan. Anda yang menentukan apa yang paling sesuai dengan kesediaan dan keadaan anda sekarang.

Saya mahu cuba bantuan kendiri dahulu
Saya mahu gunakan pemahaman dan latihan yang sesuai untuk mencuba beberapa langkah sendiri.
Saya mahu mendapatkan sesi kaunseling
Saya mahu memahami atau meneroka perkara ini dengan lebih mendalam bersama kaunselor.
Saya mahu kedua-duanya
Saya mahu menggunakan bantuan kendiri sambil mendapatkan sokongan kaunselor.
Saya mahu fikir dahulu
Saya mahu gunakan pemahaman yang saya dapat sebelum membuat keputusan.
Saya belum mahu mengambil langkah seterusnya
Saya mahu berhenti setakat ini buat masa sekarang.
SESI SELESAI

Fahami apa yang sedang berlaku. Kenal pasti apa yang perlu diselesaikan. Mulakan langkah yang sesuai.

Matlamat sesi ini bukan memberi label kepada anda. Ia membantu menyusun pengalaman supaya anda boleh membuat keputusan seterusnya dengan lebih jelas.